Saturday, 16 July 2011
Rentetan Dari Nisfu Sya’ban
Ini adalah ulasan dari kuliah magrib pada malam ini oleh Al Fadhil Ustaz Hanafiah dari Jabatan Agama Islam Johor.
Sedikit ilmu berkisar kepada Israq & Mikraj dan Malam Nisfu Sya’ban. Selepas dari peristiwa Israq & Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, Nabi Muhammad s.a.w telah menerima perintah untuk mewajibkan umatnya melaksanakan solat lima waktu. Sejak dari malam 27 Rejab itu, baginda telah memaksimakan amalan baginda kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadah solat sunat dan berdoa sehingga lewat pagi untuk memohon kepada Allah mengampunkan dosa umatnya iaitu umat akhir zaman yang diketahuinya terdapat banyak permasalahan dunia.
Sehinggalah pada pada malam 14 Sya’ban, Allah s.w.t telah memerintahkan Jibrail turun ke dunia dan berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t untuk memberi baginda 2/3 kuasa iaitu memberi syafaat kepada umat baginda. Seterusnya pada malam 15 Sya’ban malaikat Jibrail sekali lagi turut ke dunia bertemu Nabi Muhammad s.a.w untuk menyampaikan perintah Allah s.w.t iaitu diberikan 1/3 lagi kuasa untuk memberi syafaat kepada umat baginda di hari perhitungan di Padang Mashyar nanti.
Jadi pada malam 14 Sya’ban juga dikenali dengan Nisfu Sya’ban dimana Allah s.w.t telah memberi kuasa penuh kepada Nabi Muhammad boleh memberi syafaat kepada umat akhir zaman. Oleh itu seeloknya kita dapat meningkatkan amalan kita kepada Allah s.w.t pada tiga hari tersebut iaitu 14,15 & 16 Sya’ban dengan berpuasa sunat. Berselawatlah kita kepada nabi kita Nabi Muhammad, mudah-mudahan kita beroleh syafaat di hari perhitungan kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment